ACARA hiburan di sebuah majlis kutipan dana di sebuah kelab golf di Newport Beach, Amerika Syarikat (AS) pada 8 Oktober lalu mencetuskan panik dalam kalangan para tetamu sehingga pihak polis tempatan mengeluarkan amaran terhadap orang ramai agak tidak cemas dengan kejadian itu.
Video dari acara tersebut menunjukkan sebuah helikopter melakukan aksi lagak ngeri, apabila pesawat itu terbang sangat hampir dengan permukaan tanah sambil nyalaan api menjulang dari bawah.
Helikopter itu kemudiannya terbang berpusing rapat mengelilingi pokok-pokok sebelum asap merah dan biru dilepaskan dari bahagian belakang pesawat.
Menjelang akhir aksi tersebut, padang golf itu diselubungi dengan asap tebal.
Kejadian tersebut berlaku di Newport Beach Country Club.
Dalam satu hantaran di media sosial pada pagi Khamis, Jabatan Polis Newport Beach telah memberi amaran kepada penduduk bahawa mereka mungkin akan menyedari peningkatan bunyi bising dan aktiviti semasa satu acara tertutup berlangsung di Newport Beach Country Club.
"Acara tersebut akan merangkumi penerbangan lintas lalu helikopter, bunga api, bunyi bising, dan kesan asap teaterikal sebagai sebahagian daripada demonstrasi yang telah dirancang," tulis jabatan itu.
Halaman Instagram The Dishon Group Real Estate yang berkongsi video tular tersebut menyatakan bahawa aksi itu berlaku di acara gala tahunan SEAL Future Foundation.
Kumpulan itu menyatakan bahawa misi mereka dikhususkan untuk mengumpul dana penting bagi menyokong anggota Navy SEAL yang sedang beralih daripada kerjaya ketenteraan aktif kepada kehidupan orang awam, dengan tumpuan terhadap program kesihatan, pendidikan, dan kerjaya.
The Dishon Group turut menambah bahawa mereka bukanlah penaja atau penganjur acara tersebut, sebaliknya hanya hadir sebagai tetamu. - GenGolf
Jemput follow media sosial Gen Golf di Facebook, TikTok dan Instagram!
